There was an error in this gadget

November 14, 2009

Koleksi Petua Tradisional - Siri 5

Penawar kembung perut bayi
Ambil sepotong kain perca (untuk dibuat bunjut), ambil segenggam lada hitam atau jintan hitam, kemudian pusat bayi yang telah tanggal. Semua bahan-bahan tadi di satukan. Kemudian dibuat seperti bunjut sup.Bunjut tadi ditekapkan ke seterika supaya panas (panas-panas suam). Tuamkan bunjut tadi ke perut, belakang dan tapak kaki bayi berulang kali, pastikan disapu pada perut bayi sedikit minyak telon/gamat baru dituam. Tuamkan setiap kali selepas bayi mandi. InsyaAllah bayi tidak akan kembung dan mendapat pusat yang cantik.

Mewangi dan menyegarkan air cond kereta
Ambil tiga helai daun pandan, lipat dan ikatnnya dan letakkan dalam bonet kereta. Cara ini akan
memberikan udara dalam kereta lebih segar dan nyaman walaupun tanpa penyegar ataupun wangian.

Elak keguguran
Di awal mengandung anda harus menjagi kandungan anda supaya jangan keguguran. Masalah ini bolehanda atasi dengan menghindarkan daripada mengangkat barang-barang berat kerana peranakan anda akan turun dan menjadi lemah serta menyebabkan keguguran. Anda juga dinasihatkan mengikat perut di bahagian bawah dengan tali pinggang kain yang kuat, mengamalkan mandi air panas suam setiap petang akan menjadikan peranakan anda lebih baik dan kuat. Dengan cara ini keguguran mungkin akan dapat di atasi.

Hilangkan nafas berbau
Nafas berbau amat memalukan, bagi mengatasi masalah ini anda boleh mencuba petua ini yang dapat mengatasi masalah dengan cara mengamalkan minum air rebusan halia. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya.

Halau pijat pada tilam
Anda hanya perlu mematahkan beberapa dahan kecil (termasuk daun) pokok durian belanda dan letakkan di bawah tilam dan bantal tempat anda tidur. Biarkan daun itu hingga kering dan digantikan dengan yang baru. InsyaAllah pepijat tidak akan datang lagi.

Pekatkan kuah sup
Masukkan beberapa biji bawang besar yang telah dikisar halus ke dalam kuah sup semasa memasak. Pasti kuah sup akan menjadi pekat dan menyelerakan. Selamat mencuba.

Menggunakan lebihan minyak kelapa
Minyak kelapa yang telah digunakan untuk menggoreng, jangan dibuang begitu sahaja kerana minyak itu boleh digunakan lagi. Jika kelihatan kotor boleh dibersihkan dengan cara memasukkan beberapa potong ubi kentang ketika anda menggunakan semula minyak tersebut untuk menggoreng ikan. Dengan cara ini ubi kentang itu akan menyerap kotoran yang ada pada minyak tersebut.

Mencuci barang kemas
Ambil sedikit asam jawa dan bancuhkan dengan sedikit air. Rendamkan barang kemas dalam air selama setengah jam. Selepas itu berus dengan menggunakan berus gigi supaya daki di celah-celah barangan itu hilang. Bilas dengan air semula. Tentu anda akan puas hati kerana ia akan seperti baru.

Kerang bersih dan putih
Setiap kali bila hendak merebus atau memasak kerang, pasti kita mencuci dengan menggunakan berus atau pelepah pisang. Tapi kini anda cuba gunakan daun kenduduk iaitu isi yang boleh didapati di kawasan semak. Ramaslah daun tersebut bersama kerang sehingga daun itu hancur. Lihatlah hasilnya selepas itu dan anda pasti berpuas hati.

Lancarkan perjalanan haid
Rebus daun gelenggang kecil bersama daun dan akr tutup bumi. Amalkan meminum airnya sebanyak tiga kali sehari. Perjalanan haid akan kembali normal pada hari pertama anda mengamalkannya.
Share Ke Facebook Anda :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...