There was an error in this gadget

November 3, 2009

9 Ukuran Kehebatan Suami

RAMAI para suami yang menganggap bahawa kehebatan seorang lelaki di ranjang bergantung hanya kepada beberapa faktor. Antaranya menurut mereka adalah kekerapan mengadakan seks, kebolehan bertahan dan juga teknik yang digunakan.

Namun mereka tidak tahu bahawa kayu pengukur kepada kehebatan seks suami terletak di tangan isteri sendiri. Sekiranya suami tertanya-tanya akan prestasi dirinya dalam urusan seks, perhatikan ciri-ciri berikut. Jika pasangan anda memenuhi satu saja dari ciri tersebut, tidak ragu lagi untuk menyatakan pada dirinya dialah jaguh sejati!

1 - Setia pada isteri

Suami yang hebat tidak akan memilih untuk ‘makan luar’ kerana setia pada isterinya. Dia akan memberikan perasaan selamat pada isteri bahawa dia tidak akan menduakannya. Sikap jujur tersebut akan membuatkan kepercayaan pada suami meningkat dan secara
tidak langsung hubungan seksual dengan suami juga akan semakin intim dan sihat. Sikap setia ini juga akan mengelakkan isteri dari dijangkiti penyakit seksual yang berbahaya. Inilah jaguh yang menyelamatkan hidup anda.

2 - Tahu apa yang isteri mahu

Suami yang dikatakan hebat pastinya akan tahu apa yang dimahukan oleh isteri mereka. Mereka tahu bahagian mana yang ingin disentuh, berapa lama aksi pemanasan yang dimahukan dan juga posisi kesukaan isteri mereka.

3 - Bertanggungjawab untuk selamat

Ramai wanita yang terpaksa ‘berkorban’ sendirian menggunakan alat kontraseptif dan menanggung kesan wajah berjerawat, hormon tidak teratur dan sebagainya kerana suami enggan menggunakan kondom.Tapi jika suami menganggap kehamilan adalah tanggungjawab bersama, seorang suami yang hebat pasti sanggup berkorban untuk isterinya. Selain mencegah kehamilan, kondom juga mampu mencegah penyakit seksual.

4 - Asli

Bukan hanya wanita saja yang berasa kurang yakin dengan ukuran payu daranya, lelaki juga turut merasai perkara yang sama terhadap ukuran alat sulit mereka. Namun suami yang hebat tidak akan terpengaruh dengan isu kecil atau besar. Dia tetap akan bangga dengan bahagian tubuh yang diciptakan untuknya.Sang jaguh tidak akan mengubah ukuran S menjadi XL, sebaliknya akan berusaha menguasai posisi yang mampu membuatkan pasangannya puas tanpa mengira besar atau kecil ukuran alat sulitnya.

5 - Bersih

Suami sanggup membuang sikap lamanya yang kurang mementingkan kebersihan hanya untuk keselesaan sang isteri. Kalau dulu suami sanggup memakai seluar dalam yang sama selama tiga hari, kini dia sanggup berubah.Tubuh dan rambutnya kemas, nafasnya harum pasti akan membuatkan isteri sanggup berlama-lamaan bersama suami. Tunjukkan penghargaan dan terima kasih atau usahanya untuk berubah.

6 - Belaian berterusan

Ramai para suami yang memilih untuk terus tidur setelah selesai hubungan intim bersama isteri. Isteri ditinggalkan termangu-mangu sendirian saat suami lena dibuai mimpi. Tapi jika selesai bersama, sami memilih untuk berehat dengan membiarkan diri anda dalam
pelukannya sambil menghadiahkan ciuman tanpa berkata-kata, maka inilah bukti perhatian dan cinta sang suami.

7 - Hanya untuk anda

Bahasa tubuh tidak akan berbohong. Jika dia kelihatan selesa dan tenang bersama dengan anda sewaktu hubungan intim, terbukti bahawa fikiran dan cintanya hanta untuk anda. Selain itu, dia juga tidak berusaha membuktikan kehebatannya dengan menggunakan
jamu kuat atau Viagra. Suami percaya pada kemampuan diri sendiri dan berjaya membuktikan pada anda, dia memang yang terbaik.

8 - Memahami dan tidak memaksa

Saling memahami adalah salah satu kunci untuk mendapatkan kenikmatan dan kepuasan seks. Tanpa ada keinginan untuk saling menghargai, hubungan yang berlangsung tidak akan bertahan lama.Suami yang hebat tidak akan memaksa isteri melakukan posisi atau perkara yang tidak dimahukan oleh isteri melainkan dengan kerelaannya sendiri. Selain itu, suami yang dikatakan hero akan memahami jika heroinnya menolak untuk melakukan hubungan intim kerana terlalu penat.

9 - Yang tidak dijangka

Dia bukan saja tahu apa yang dimahukan oleh isteri tapi juga selalu melakukan perkara-perkara yang tidak dijangka isteri. Ciuman romantis sewaktu pulang dari kerja, hadiah jambangan bunga meskipun nampak ringkas namun cukup membuat isteri jatuh
cinta buat kali kedua pada sang suami dan juga membakar ghairahnya.


Share Ke Facebook Anda :

1 comment:

  1. gud..
    kesinambungan kepada salah satu post yg pernah mB postkan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...