There was an error in this gadget

November 9, 2009

Chelsea Vs Manchester United

Perlawanan diantara kedua pasukan ini sememangnya selalu menyajikan persembahan yang menarik.Hari ini,pertemuan dua pasukan ini sangat menghiburkan.Dengan beberapa percubaan berbahaya dari kedua2 pasukan,anelka,lampard,rooney yang menunjukkan kualiti bertaraf dunia.Alangkah bagusnya kalau KELANTAN yang aku sokong selama ni menunjukkan mentaliti menyerang seperti ini.Tapi,mereka hanyut dengan tekanan.Tapi,yang menarik,percaturan Alex Ferguson meletakkan Wes Brown dan Johny Evans memang berani,bahkan mereka tampak tidak mempunyai masalah dalam mengekang asakan lawan.Beberapa keputusan pengadil sememangnya menghampakan United.Tiada dinafikan lagi tuah CHelsea membawa kemenangan pasukan mereka.Gol John Terry sememangnya sedikit kontroversi,sebab Didier Drogba dilihat menjatuhkan pemain United di sewaktu Lampard mengambil sepakan percuma.Namun,pengadil tidak mengadili perlawanan sebaiknya.Sedikit kekecewaan disitu.Sekarang,mata United ketinggalan 6 mata dan Chelsea megah berada di Kedudukan Pertama EPL. Sekian.
Share Ke Facebook Anda :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...