There was an error in this gadget

November 9, 2009

Terima Kasih Dato' Anuar Musa

Setelah sekian lama bola sepak kelantan kehilangan serinya,ia sesuatu yang amat mengecewakan peminat-peminat bola sepak yang menjadi rakyat KELANTAN.Sejak dulu lagi,bola sepak kelantan selalu dicemari dengan hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku.Contohnya,rasuah dalam pengurusan bola sepak iaitu Pengurusan KAFA,ketidakpandaian dalam menguruskan pasukan bola sepak dalam menjaga pemain2 mereka dari segi gaji dan moral,nyata telah membuatkan pasukan bola sepak Kelantan menjadi amat lemah.

Kita ambil contoh apa yang berlaku tahun lepas,di kala kelantan telah muncul menjadi sebuah pasukan berbahaya,sandaran yang diletakkan kepada pemain penyerangnya,Mamadou Mustafa.Namun setelah dia gagal menjaringkn gol,kontraknya telah ditamatkan serta merta.Cuba kita fikirkan,kelab2 besar seperti EPL,Liga Sepanyol,adakah mereka akan menamatkan kontrak pemain mereka?? Tidak Bukan? Tapi inilah yang berlaku dalam bola sepak di negara kita.Ia suatu kesilapan sebenarnya.Lihatlah penampilan pertama Thiery Henry di Barcelona sememangnya tidak semeriah gol yang dijaringkan Mamadou MUstapha,dia gagal menunjukkan prestasinya,tapi Pep Guardiola menyimpannya untuk musim kedua Henry yang nampaknya membuahkan hasil.

Di celah-celah masalah yang kian timbul,rupanya muncul seorang insan yang menyelamatkan pasukan bola sepak kelantan dan maruah bola sepak Kelantan dan mengembalikan kemeriahan bola sepak yang sebelum ini tenggelam sangat-sangat.Sekarang kita lihat apabila ada perlawanan bola,mesti hampir penuh stadium Sultan Muhammad.Betapa gembiranya aku melihat keadaan ini.Insan itu ada lah Dato' Annuar Musa.

Dato' Seri Anuar Musa

Siapa-siapa pun boleh tengok kesungguhan dan tanggungjawab yang beliau tunjukkan dan betapa bersungguh-sungguhnya beliau dalam menerajui tugas KAFA.Jika aku boleh luahkan isi hati aku ini kepada semua rakyat Kelantan,sudah lama aku lakukan.Tapi bukan kuasa aku.Aku sangat-sangat terharu dengan pengorbanan beliau.Kita lihat semasa Pasukan Bola Sepak kita "di BAN" dari beraksi dia stadium sendiri,beliau menebalkan muka untuk berjumpa dengan ramai pihak pengurusan atasan FAM,untuk merayu.Ia bukan senang untuk dilakukan oleh seseorang.

Tapi aku sedih,rakyat Kelantan tidak pandai berfikir menggunakan otak.Tradisi Politik Pas,membangkang apa yang betul walaupun untuk kebaikan.Aku sedih bila mereka langsung tidak menghargai jasa beliau walaupun aku rasa anak mereka yang 12 tahun boleh tahu apa yang Dato, Annuar Musa lakukan.Apa-apa pun,aku sangat bersyukur kerana beliau telah menaikkan kembali martabat bola sepak Kelantan,membuatkan ramai pasukan gerun mendengar dan melawan pasukan kita.Kekalahan di final,kita tidak perlulah kecewa sangat2.Ia permulaan yang membanggakan untuk pasukan kita dengan dua final dalam FA CUP dan Piala Malaysia

Ingat,kita baru setahun jagung,bahkan nama KELANTAN yang kita sayang ini baru saja melonjak setahun ini dalam bola sepak.Oleh itu,kita perlu bagi peluang untuk pasukan kita dan terus menyokong pasukan kita.Itulah yang sepatutnya kita lakukan,bukan nya terus menilai ketidakupayaan mereka.Mereka sudah menunjukkan kehebatan dan peningkatan walaupun hanya baru saja naik ke Piala Super.
GOMO KELATE GOMO,teruskan perjuangan kita!!
Share Ke Facebook Anda :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...