There was an error in this gadget

January 12, 2010

Lata Hujan Ulu Kusial

Mungkin tidak ramai mengetahui di Gual Ipoh,Tanah Merah,Kelantan, terdapat air terjun iaitu Lata Hujan Ulu Kusial. Jika diperhatikan secara aspek alam,keindahannya tidak jauh beza dengan Air Terjun di Jeram Linang,Pasir Puteh,bahkan mungkin sesiapa pernah memijakkan kaki mereka disini,mereka mengatakan disini lebih cantik.



Mungkin kerana tiada pihak yang membuka mata untuk mengindahkan serta mencantikkan persekitaran lata hujan ini, ia hanya di kunjungi oleh pengunjung yang tinggal berdekatan sahaja. Di sini, terdapat jambatan gantung,papan gelongsor, taman mini permainan kanak-kanak, surau, dan chalet yang baru dibina oleh IR Sharie,bekas ahli Parlimen Tanah Merah. Pada pendapat Faryarayve, lata ini perlu dicantikkan lagi,dan usaha mengindahkan dan menaik taraf segala yang ada di lata ini perlu di lakukan oleh pihak bertanggungjawab. Jika lata ini sunyi dan sepi,ia hanya akan menjadi sarang maksiat dan tempat lepak oleh para remaja sahaja. Ia sepatutnya menjadi tempat kunjungan seisi keluarga untuk berhibur dan berehat disamping meluangkan masa bersama keluarga tersayang.





Akhir kata, kepada anda yang tidak pernah mengunjungi Lata Hujan ini, cubalah sekali. Bersama keluarga, nikmati percutian anda bersama keluarga dan anda pasti berpuas hati dengan keindahan Lata Hujan Ulu Kusial ini.
Share Ke Facebook Anda :

1 comment:

  1. lata ni indah dan menarik...tapi satu je,kurang...tiada kemudahan tandas yang elok...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...