There was an error in this gadget

August 20, 2010

REFLEKSOLOGI

REFLEKSOLOGI




Perlu diketahui refleksologi bukanlah rawatan pengubatan. Di dalam kaedah ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan. Ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah, steroid, bahan kimia dan tidak terlepas dari adanya kesan sampingan. Ia kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sebenarnya membenamkan sesuatu penyakit.

Sebenarnnya refleksologi bukan meggunakan ubat untuk menyembuhkan penyakit, bukan juga membenamkan penyakit. Tetapi ia bertujuan merangsang dan membetulkan sistem badan yang tidak normal yang menjadi punca kepada penyakit. Apabila punca yang menyebabkan penyakit atau sakit sudah hilang ini bermakna masalah dapat diselesaikan dan sakit atau penyakit menuju ke arah penyembuhan.

Seorang ahli refleksologi sebenarnya ibarat seorang mekanik yang berusaha untuk memperbaiki setiap organ yang rosak di dalam badan manusia. Oleh sebab itu seorang pengamal refleksologi tidak hanya perlu tahu poin-poin refleksologi sahaja, malahan dia harus mahir dengan selok-belok nama setiap organ, fungsi organ, nama suatu penyakit serta mengetahui punca penyakit. Bila dia sudah mengetahui puncanya barulah matlamat refleksologi akan tercapai dengan sempurna dan akhirnya penyakit akan sembuh.


PENGERTIANRefleksologi merupakan suatu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan poin-poin urat saraf yang ada di badan. Di sini dikhususkan di kaki dan tapak tangan, yang mana poin-poin urat saraf tersebut berhubungkait dengan organ di dalam tubuh badan manusia.


ASAL-USUL
Tidak ditemui suatu bukti yang pasti bila, di mana dan siapakah yang telah menemui kaedah ini. Kebanyakan pendapat atau bukti menyatakan bahawa ianya bermula di negeri China lebih 5,000 tahun yang lalu. Namun ada satu bukti yang agak jelas yang menunjukkan bahawa refleksologi sudah bermula sejak zaman Mesir kuno lagi, iaitu dengan penemuan lukisan atau lakaran orang sedang melakukan terapi refeksologi disalah sebuah Piramid di kota tersebut. Kononnya ada cerita yang mengatakan bahawa Firaun tidak pernah sakit kerana melakukan terapi refleksologi setiap hari.


TUJUAN DAN FAEDAH
Kaedah refleksologi mempunyai pengaruh terhadap tubuh badan manusia dalam merangsang dan memulihkan fungsi anggota badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar di dalam badan. Bila pengaliran darah di seluruh badan dalam keadaan normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada di dalam keadaan sihat. Jadi, secara umumnya tujuan atau faedah refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu berada di dalam keadaan sihat.



CARA KERJA
Sebagaimana yang diketahui, darah mengalir di dalam tubuh badan manusia sejauh 150,000 kilometer setiap hari. Biasanya apabila jantung menguncup ianya memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan mengalir ke seluruh badan untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan tenaga untuk keperluan organ di dalam tubuh badan. Sebaliknya bila jantung mengembang darah akan kembali semula sambil membawa karbon dioksida serta sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke organ penapisan. Semua kotoran yang tidak diperlukan lagi akan dibuang melalui pembuangan air kencing yang dinamakan sistem perkumuhan.
.
Apabila proses pengaliran darah dan proses pembuangan berjalan dengan lancar biasanya seseorang itu akan sihat. Sebaliknya bila proses pengaliran darah tidak begitu lancar, maka penghantaran oksigen dan tenaga tidak akan mencukupi. Apabila ini berlaku, iaitu organ kekurangan oksigen dan tenaga maka fungsinya juga akan terganggu. Apabila fungsi organ terganggu maka seseorang itu akan berasa sakit. Begitu juga sebaliknya, bila darah yang kembali ke jantung tidak lancar maka sebahagian kekotoran tidak akan dibuang. Apabila kekotoran tidak dibuang, ia akan mendap di dalam saluran darah yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ dan terjadilah penyakit.

Oleh itu, rawatan refleksologi berusaha untuk menanggalkan segala kekotoran yang menghalang di dalam pengaliran saluran darah (arteri) sehingga darah dapat mengalir dengan sempurna keseluruh organ tubuh badan manusia yang menyebabkan organ tersebut akan dapat bekalan yang secukupnya untuk berfungsi. Ia juga dapat menanggalkan segala kotoran yang melekat di dalam saluran darah (vena) yang kembali ke jantung sehingga kesemua kotoran yang seharusnya dibuang akan keluar dengan sempurna. Biasanya segala kekotoran tersebut akan dibuang melalui empat cara:

1- Melalui air kencing (pengeluaran cecair perkumuhan).
2- Melalui najis (pengeluaran hampas makanan).
3- Melalui peluh (pengeluaran asid).
4- Melalui pernafasan (pengeluaran karbon dioksida).


SAKIT
Menurut bahasa, sakit bermaksud berasa tidak sihat tubuh badan atau organ lain yang bermasalah kerana beberapa sebab.
.Manakala menurut istilah sakit bermaksud rasa yang tidak menyenangkan sama ada pedih, berdenyut, bengkak, salah urat dan sebagainya.

Sebenarnya rasa sakit merupakan simptom atau isyarat yang dirangsang oleh sistem tubuh bagi menunjukkan berlaku ketidakseimbangan. Ia juga menunjukkan bahawa di bahagian organ berkenaan sedang mempunyai masalah yang perlu diambil perhatian. Rasa sakit adalah tanda kecemasan yang bertujuan meminta pertolongan dan bantuan. Rasa sakit itu biasanya datang bila gangguan tersebut sudah sampai ke peringkat yang agak serius. Manakala gangguan di peringkat awal belum mendatangkan rasa sakit lagi, tetapi mungkin baru terasa kebas-kebas, lenguh, penat, tidak bertenaga dan sebagainya. Seorang pengamal refleksologi perlulah mengetahui punca penyakit atau rasa sakit itu sendiri.

Manakala sihat itu adalah keadaan sempurna fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan rasa sakit. Manakala kesihatan pula membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.


TANDA DAN GEJALA PENYAKITSetiap penyakit mempunyai tanda dan gejala tersendiri yang terbahagi kepada umum dan lokal. Tanda dan gejala lokal mempunyai fungsi sebagai petanda bagi menunjukkan bahagian yang sakit sehingga mendorong seseorang mendapatkan rawatan. Rasa sakit juga adalah satu petanda bagi membantu dalam mendiagnos penyakit. Aduan rasa sakit juga mempunyai pertalian secara langsung dengan gejala fikiran. Gejala umum pula biasanya akan lahir selepas fasa akut seperti tiada selera, lesu, sukar tidur dan sebagainya.


PELBAGAI RASA SAKIT
1. Rasa berdenyut.
Rasa sakit menunjukkan adanya keabnormal organ seperti bengkak, radang dan sebagainya di bahagian tertentu dan biasanya bertambah sakit bila disentuh atau ditekan.

2. Rasa seperti mengorek
Rasa sakit yang melibatkan ulcer yang jauh ke dalam tisu sehingga ke tulang.

3. Rasa seperti menggigit
Rasa sakit yang melibatkan terdapat ulcer di dalam abdomen sama ada pada perut atau usus. Dalam penyakit ketumbuhan tumor sering dapat dirasakan mereka yang menghidapnya seperti ketumbuhan pada kilang pegeluar benih wanita (ovarian cyst).

4. Rasa sengal dan lenguh
Rasa sakit seluruh tubuh melibatkan bahagian yang pejal iaitu otot dan pengikat sendi seperti pengidap sakit sendi dan mereka yang bekerja menggunakan fizikal.

5. Rasa memulas
Rasa sakit yang menunjukkan ada keradangan atau pembengkakan pada organ seperti perut, usus, pundi hempedu, saluran hempedu, pundi kencing dan saluran air kencing. Biasanya pengidap akan membongkok bagi menahan sakit untuk mendapatkan sedikit kelegaan.

6. Rasa membakar
Rasa sakit yang dihasilkan oleh berlebihan asid pada sistem penghadaman yang menganggu hujung saraf dalam selaput tipis dinding dalaman perut.
7. Rasa menyucuk. Lazimnya menunjukkan gangguan pada saraf di bahagian tertentu tubuh di mana berlakunya secara tiba-tiba dan berubah-ubah.

Mengamati aduan dan keluhan pesakit adalah sangat penting dalam menentukan penyakit dan rawatan. Pemeriksaan asas klinikal seperti menyukat suhu, denyutan nadi, degupan jantung dan pernafasan akan dapat membantu di peringkat awal bagi mengesan jika ada jangkitan atau keradangan. Umpamanya suhu atau nadi akan meningkat jika ada jangkitan. Sakit kian bertambah jika bergerak atau tersentuh menunjukkan di bahagian selaput tipis yang terlibat, sama ada wujudnya keradangan atau pembengkakan. Sebaliknya merasa lega bila dikenakan tekanan ke atas kawasan yang sakit menunjukkan di bahagian yang lebih padu dan jauh ke dalam tubuh seperti pada urat saraf dan gangguan kekejangan.

Tanda gejala dan rasa sakit pada sesetengah kes tidak menentu kerana ianya bergantung kepada tahap tenaga serta ketahanan seseorang, disamping adanya tanda dan gejala sakit yang mewakili dua atau tiga penyakit yang berbeza. Langkah seterusnya hendaklah dibuat bagi merujukkan kes-kes yang diluar keupayaan kepada mereka yang terlatih untuk mengelakkan pelbagai komplikasi.

GANGGUAN PENYAKIT:
1- GANGGUAN DARI LUAR
Ini boleh disebabkan pelbagai hal seperti kemalangan, terjatuh, terhantuk, terluka, disengat binatang, terbakar, keracuan, berlebihan makan, sistem urat saraf yang lemah, saluran darah yang sempit dan sebagainya.

2- GANGGUAN DARI DALAM
Ini terjadi disebabkan kerana perasaan cemas, takut, marah, tension, panas baran, murung, terlalu pendiam, fikiran berserabut, putus asa, pelupa, kecewa dan sebagainya.

Sama ada disebabkan gangguan dari luar mahupun gangguan dari dalam, ianya sangat mempengaruhi perjalanan atau pengaliran darah di dalam badan yang menyebabkan perubahan kimia.


MENGETAHUI GEJALA SESUATU PENYAKITUntuk mengetahui gejala penyakit dari kawasan refleksi adalah dengan cara menekan titik-titik poin dari organ yang bersangkutan. Bila ada rasa kelainan atau sedikit bengkak dan terasa sakit bila ditekan, maka ini bermakna organ yang berkaitan sedang mengalami masalah atau sakit. Bila rasa sakitnya tidak seberapa ketika ditekan maka ini menunjukkan bahawa penyakitnya pun tidak seberapa serius. Sebaliknya bila terlalu sakit atau bengkak agak besar, ini menunjukkan bahawa penyakitnya agak serius atau telah terjadi agak lama.
.
Bila kawasan refleksi yang ditekan tiada terasa bengkak dan sakit ini bermakna organ berkenaan berada dalam keadaan baik. Dengan ini untuk mengetahui seseorang itu sihat dengan kaedah refleksologi ialah bilamana keseluruhan poin-poin refleksologi tidak menunjukkan sebarang bengkak atau sakit bila ditekan


TERAPI REFLEKSOLOGIKetika anda ingin melakukan pengesanan terhadap pesakit, anda perlu bertanya perihal pesakit tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah melakukan rawatan iaitu dengan menekan bahagian-bahagian yang bermasalah untuk berapa ketika. Tekanan dan pengurutan hendaklah disesuaikan dengan daya tahan seseorang tersebut yang mana ketahanan ini tidak sama pada setiap individu. Anda hendaklah mengetahui bahawa kesembuhan itu biasanya tidak berlaku dengan hanya sekali rawatan, tetapi perlu diulang dua atau tiga kali sehingga beberapa kali bergantung kepada serius atau tidaknya penyakit yang ada.


REAKSI YANG MUNGKIN TIMBUL1- Membuang air kecil dengan kerap di mana air kencing menjadi lebih kotor dan berbau lebih busuk. Kadang kala juga seakan-akan berpasir.
2- Bahagian tertentu dari anggota badan akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian hilang dengan sendirinya atau berpindah ke tempat lain.
3- Rasa letih, lesu dan mengantuk.
4- Timbul gatal-gatal di kulit.
5- Najis menjadi cair atau berminyak.
6- Kepala terasa sakit.
7- Muntah-muntah.
8- Sering buang angin.
9- Urat darah nampak timbul.
10- Berpeluh dengan banyak.
11- Rasa lebih ringan dan lebih cergas.


PENYAKIT YANG MUDAH DISEMBUHKAN
1- Sakit buah pinggang.
2- Sakit lutut.
3- Kebas kaki dan tangan.
4- Lenguh-lenguh.
5- Sembelit.
6- Sakit jantung.
7- Sakit kepala.


PENYAKIT YANG SUKAR DISEMBUHKAN1- Barah yang sudah terlambat.
2- Urat saraf yang sudah putus.
3- Penyakit yang disebabkan oleh sihir.
i. Kena rasuk Jin
ii. Ketika gembira
iii. Ketika sedih
iv. ketika terlalu takut
v. Ketika syahwat memuncak


RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIKKami di Kumpulan Perubatan Elektronik ada menjalankan urutan refleksologi. Biasanya urutan yang dilakukan selama 30 minit sehingga 40 minit yang berharga RM20.00 sahaja. Kami juga mengadakan kursus refleksologi sehingga pandai. Waktu juga adalah fleksible menurut kehendak pelanggan. Harga kursus Refleksologi yang kami jalankan hanya RM200.00 sahaja dan anda dikehendaki datang ke permis kami bila-bila masa sahaja terutama di sebelah malam. Sijil juga akan disertakan.
Share Ke Facebook Anda :

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...