There was an error in this gadget

April 4, 2011

10 Cara Meningkatkan Bahasa Inggeris

Beberapa langkah untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris anda. anda hanya perlu sabar dan sedikit keyakinan untuk melakukannya. Dalam mempelajari bahasa kita tidak perlu terburu-buru. apa yang penting anda belajar dengan gembira dan jangan merasa tertekan.Bacalah bahan bacaan bahasa inggeris yang anda suka seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya. Bacalah bahan bacaan yang anda suka dan elakkan memaksa diri anda untuk membaca bahan yang anda sendiri tidak suka.

1. Tontonlah filem inggeris. Bagi anda yang sangat lemah dalam bahasa inggeris, cuba mula menonton kartun terlebih dahulu. Kebanyakan ayat yang digunaka adalah ayat-ayat yang mudah dan memudahkan anda memahami cerita tersebut. Kemudian bolehlah anda beralih kepada filem-filem yang mempunya jalan cerita yang lebih kompleks dan cuba fahami cerita tersebut.
2. Dengarlah dan hafalah lagu-lagu inggeris. Cuba sebut dengan betul disamping fahami maksud lagu yang hendak di sampaikan.

3. Mula menulis blog dala bahasa inggeris. Latih diri anda menulis dalam bahasa inggeris. Mulakan dengan apa yang anda suka. Sekiranya anda adalah peminat filem inggeris mulakan dengan cerita yang anda sukai, pelakon yang anda minati dan cubalah terlibat dalam menulis forum.
4. Sekiranya anda tidak berminat untuk menulis blog anda boleh memulakan dengan menulis surat kepada sahabat pena anda. Ia mungkin menyeronokkan apabila anda mempunyai sahabat daripada negara lain. sekiranya ia terlalu mahal untuk mengutus surat kepada sahabat pena anda di luar negara kenapa anda tidak menulis surat kepada sahabat anda di negeri lain. Cuba ketahui cerita menarik mereka dan berkongsi pendapatlah dengan mereka.
5. Tulislah diari anda dalam bahasa inggeris. Tetapi pastikan anda menyimpan diari anda dengan baik.

6 Berdampinglah dengan kamus. Pastikan disisi anda sentiasa ada kamus tak kira kamus oxford mahupun kamus mini. Sekiranya anda terjumpa perkataan yang anda tidak fahami maksudnya rujuklah segera jangan biarkan sehingga anda terlupa untuk mengetahui maksudnya.
7. Cubalah bercakap dalam bahasa inggeris walaupun ia menyulitkan anda. Wujudkan zon-zon bahasa inggeris contohnya di kantin sekolah, di dewan atau hari berbahasa inggeris contohnya hari isnin.
8. Tambahkan perbendaharaan kata bahasa inggeris anda setiap hari dengan menghafal sekurang-kurangnya 5 perkataan baru setiap hari.
          9. Mulakan dengan nama anggota badan anda dan kemudian di kawasan sekitar anda.
10. Cubalah menyebut perkataan bahasa inggeris yang bunyinya hampir sama. Cuba bezakan cara menyebut di samping ketahui maksudnya.
Share Ke Facebook Anda :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...