There was an error in this gadget

April 6, 2011

10 Ekor Haiwan Paling Pintar Dan Cergas


Berikut adalah 10 spesies binatang tercergas di muka bumi ini :


10. Portia Labiata (Labah-labah pelompat)
Labah-labah yang sering ditemui di daratan Asia, Australia, dan Amerika ini memang haiwan yang cergas. Berdasarkan penelitian, Haiwan ini boleh mengenali secara objektif target mangsa yang diberikan, haiwan ini juga boleh menghafal ritma target mangsa secara tepat. Tak hairanlah jika haiwan ini disebut sebagai serangga terpintar.




9. Tikus
Ternyata tikus memang memiliki kecerdasan yang mengagumkan. Haiwan ini memiliki pola psikologi yang hampir sama dengan manusia. Tikus boleh mempunyai rasa senang, sedih, kecewa, dan sebagainya. Haiwan ini boleh mengenali berbagai jenis makanan dari bentuk dan baunya.




8. Gagak
Gagak mungkin hanyalah burung biasa yang tak mempunyai keistimewaan apa-apa, tapi ternyata burung ini mempunyai kecerdasan yang luar bisasa. Burung gagak boleh mengetahui pola dan irama kedatangan manusia dengan perkiraan waktunya. Bahkan gagak boleh membuat "pisau" sederhana tajam dari rumput rampai yang keras yang kemudian digunakan untuk memetik buah.

gagak.jpg

7. Anjing Border Collie
Anjing jenis ini adalah salah satu anjing terpintar di dunia.Nalurinya yang tajam membuatkan anjing ini boleh memahami dan meniru pola hidup manusia. Anjing ini boleh menggiringi haiwan ternakan, pemburuan,bahkan sering digunakan sebagai haiwan penjaga di daerah pegunungan.





6. Kurita
Haiwan laut ini memiliki sensor saraf yang luar biasa yang memungkinkan dirinya untuk dapat berfikir secara tepat. Haiwan ini mengerti bagaimana caranya untuk membuka botol dengan memutar tutupnya, dan bukan dengan menarik tutupnya.




5. Kakatua Abu-abu Afrika
Burung kakatua adalah haiwan yang cerdas, haiwan ini boleh meniru suara manusia secara hafalan dan bunyi, di samping itu, haiwan ini juga boleh menghafalkan beberapa pola kalimat serta memahami beberapa kata singkat yang sering diucapkan oleh manusia.

tamed-congo-african-grey-amazon-mazaws-and-cockatoo-parrots-4c865faa1ec48044ccc321dc1.jpg
4. Gajah
Haiwan ini memiliki volume otak yang terbesar bila dibandingkan dengan semua haiwan yang ada di bumi ini. Gajah memiliki indra penciuman serta daya ingat memori yang luar biasa. gajah boleh menghafalkan objek suatu benda yang dilihatnya, bahkan kemudian boleh melukiskanya. Kecerdasan haiwan ini membuat gajah sering dipakai sebagai pertunjukan di sarkas.Malah dalam seumur hidupnya,gajah akan ingat 3 arahan sampai ia mati.





3. Beruk atau Kera
Haiwan ini memiliki pola fikiaran dan daya ingatan yang hebat, Selain memiliki tingkat kecerdasan yang tinggi, haiwan ini juga memiliki kecenderungan psikologis yang mirip dengan manusia, bahkan mereka dapat bunuh diri jika putus asa




2. Lumba-lumba
Dari semua spesies lumba-lumba, lumba-lumba inilah yang memiliki kecerdasan paling tinggi, Lumba-lumba ini boleh mengetahui berbagai jenis sonar bunyi yang dipancarkan di lautan lepas. sehingga sering digunakan sebagai haiwan pengintip angkatan laut, selain itu haiwan ini juga memiliki kecenderungan komunikasi sosial yang tinggi bila dibandingkan dengan haiwan lainya.

lumba+lumba.jpg

1. Chimpanzi
Haiwan yang sering dijadikan sebagai artis hollywood ini memiliki otak yang hampir sama dengan manusia. Haiwan ini boleh bersosial dengan sesama spesis, bahkan berorganisasi. Mereka adalah makhluk yang menunjukkan aktiviti menyerupai manusia purba. Mereka dapat membuat tombak untuk berburu tupai dalam lubang, memetik buah dengan galah, memecahkan kacang dengan batu, bahkan memancing ikan dengan cabang pohon


Monyet Rhesus

Kadang-kadang kita menganggap semua jenis monyet itu sama-sama pintar, hal itu disebabkan kerana mereka mudah untuk dilatih. Tetapi para ilmuwan berpendapat lain. Monyet Rhesus adalah monyet yang dianggap paling cerdas di dunia. Habitat monyet ini banyak terdapat di Asia daratan, terutama di Afghanistan, China, dan India.
Monyet Rhesus banyak digunakan oleh para ilmuwan untuk membantu berbagai penelitian. Diantara berbagai penelitian yang menggunakan monyet ini salah satunya adalah misi pengiriman monyet ke angkasa lepas.
Selain memiliki tahap kecerdasan yang tinggi, Monyet Rhesus ini juga memiliki kecenderungan psikologi yang sama dengan manusia, bahkan mereka dapat bunuh diri jika putus asa!


most-intelligent-animals-in-the-world-rhesus-monkey.jpg
Share Ke Facebook Anda :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...