There was an error in this gadget

April 6, 2011

10 Kereta Ferrari Yang Terbaik Di Dunia

1. Ferrari 250 GTO
Dihasilkan untuk perlumbaan GT racing. Bodynya berdasarkan konsep old school, dan retro. Jentera 3.000 cc V12 sangat sangat popular di era 60-an.

2. Ferrari 365 GTB
Ferrari yang satu ini sangat popular di era 70-an. Jentera berkapasiti 4.390 cc V12 yang boleh menghasilkan tenaga 352 bhp (262 kW).Desingnnya sangat futuristik

3. Ferrari F50
Dihasilkan pada tahun 1995-1997 hasil kemajuan antara F40 dan Enzo, menghasilkan prestasi jentera terbaik di kubu Ferrari. Jentera berkapasiti 4.700 cc boleh menghasilkan tenaga 513 Hp pada 8.000 rpm. Kereta ini bergerak hingga kelajuan maksimum 200 mph. Casisnya dihasilkan berdasarkan casis Formula 1.

4. Ferrari Enzo
Siapa yang tidak kenal Ferrari Enzo. Kereta yang dikeluarkan pada 2002 itu menjadi kereta paling lajua pernah dicipta Ferrari.Ciri-cirinya diadaptasi dari Formula 1. dibalik bonetnya terdapat mesin berkapasiti 6.000 cc V12 yang digabungkan dengan 6 semi automatik.

5. Ferrari F40
Kereta ini dihasilkan sejak tahun 1987-1992. Ferrari mengesahkannya sebagai kereta terpantas dan kereta paling laju ketika itu.

6. Ferrari 246 Dino
Dihasilkan pada 1968, kereta ini menjadi kereta yang sangat popular di era-nya. Ini menjadi nilai tambah bagi Ferrari dengan menghasilkan kereta tersebut. Bentuknya memang sangat tidak menyakinkan. Namun disebalik bonetnya terdapat mesin yang dikataklan cukup bertenaga. Ada 2 pilihan mesin iaitui 2.400 cc 6 silinder dan 3.000 cc dengan 8 silinder.

7. Ferrari 275 GTB/4
Pertama kali diperkenalkan pada Paris Motor Show di 1966 dan terus dihasilkan hingga 1968, kereta tersebut menjadi kereta Ferrari yang dikatakan sebagai supercar terlembut kerana dengan tingkat getaran yang cukup rendah diantara kereta Ferrari yang lain. Di sebalik bonetnya terdapat mesin berkapasiti 3.300 cc 4 -cam V12.

8. Ferrari 360 Challenge Stradale
Barisan kereta Ferrari semakin lengkap dengan adanya kereta ini. Dihasilkan pada tahun 1999-2005, Ferrari 360 menjadi kereta Ferrari dengan pemanduan terbaik. Namun jututera Ferrari mengharapkan kereta itu tidak digunakan untuk berlumba-lumba di jalan. Sebab teknologi yang teraplikasi pada 3.600 cc V8 dapat membahayakan penggunanya.

9. Ferrari 166MM Inter
Bentuknya sangat futuristik. Namun kereta ini dikategorikan sebagai kereta sport. Terdapat mesin berkapasiti 2.000 cc berkonfigurasi V12 disebalik bonetnya. Hanya ada 39 unit di dunia yang dihasilkan pada 1948–1953. Kereta ini juga menjadi kereta dengan rekaan terbaik.

10. Ferrari F355
Dihasilkan pada 1994-1999, F355 menjadi pemangkin F369. Mesin yang diusung 3.500 cc V8 DOHC yang digabungkan 6 percepatan berteknologi gearbox Formula 1 sehingga menjadikan kereta tersebut kereta terbaik ketika itu. Ada 3 jenis kereta versi yang disediakan iaitu F355 Spider, F355 GTS dan F355
Challenge.
Share Ke Facebook Anda :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...