There was an error in this gadget

April 6, 2011

12 Penyerang Bola Sepak Terbaik Dunia

12. Gabriel Batistuta
Beliau menolak pindah ke kelab lain meskipun Fiorentina diturunkan ke Serie B Itali pada musim 1992/93. Namun pada tahun berikutnya, striker Argentina yang kerap dipanggil dengan gelaran Batigol ini membawa kelabnya kembali ke Serie A. Dari Newell's Old Boys hingga bersara di Al Arabi, Batigol telah menjaringkan gol sebanyak 254 gol dari 441 kali bermain. Setelah sembilan musim bersama Fiorentina, ia dijual ke AS Roma dan menjadi sumber inspirasi utama Giallorossi untuk meraih gelaran ketiga dalam sejarahnya.


11. Thierry Henry
Ketika bermain untuk Arsenal, Henry menjadi penjaring terbanyak EPL sebanyak empat kali (2002, 2004, 2005 dan 2006) dan menjadi pemain paling berjaya The Gunners dengan 226 gol dari semua pertandingan. Diaa juga meraih dua gelaran penting bersama pasukan Perancis, iaitu Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.


10. Roberto BaggioSayangnya, Baggio lebih diingati dengan kegagalannya menjaringkan tendangan penalti sehingga Itali kalah penalti ketika menentang pasukan Brazil di final Piala Dunia 1994. Tapi, tanpa penampilan Baggio yang gemilang sepanjang pertandingan itu, Azzurri tak mungkin berjaya melangkah ke final. Ia menjadi anak emas bolasepak Itali sejak bermain dengan Fiorentina pada 1985, sebelum perpindahannya ke Juventus menjelang Piala Dunia 1990. Dikenali dengan gelaran "The Divine Ponytail" kerana rambut kuncir dan ketaatannya menjalankan agama Budha, Baggio meraih gelaran liga dua kali - bersama Juventus pada 1994/95, dan AC Milan pada musim berikutnya. Pemain Terbaik Dunia versi FIFA pada 1993.


9. Alessandro Del Piero
Juventus selamanya! Itulah si Pinturicchio yang sudah lima kali scudetto bersama Bianconeri dan menjadi ikon kelabnya dengan 500 penampilan lebih. Sama halnya dengan Batigol, ia pun menolak keluar dari kelabnya yang turun takhta pada 2006 akibat kes rasuah Calciopoli. Gelaran U-21 Eropah pada 1994 dan 1996 disandangnya, ditambah lagi gelaran juara Piala Dunia 2006. Kesetiaan adalah emas!


8. Marco van Basten
218 gol dari 280 penampilan bersama Ajax dan AC Milan bukan prestasi yang mudah diraih. Ia juga mengumpul gelaran hat-trick pada 1992 - Pemain Terbaik Dunia versi FIFA, Pemain Terbaik Eropah, dan Pemain Terbaik Dunia. Marco van Basten menjadi pemain yang berjaya mengikuti jejak Johan Cruyff, sekaligus memimpin Belanda juara Eropah untuk pertama kalinya pada 1988. Bersama AC Milan, ia meraih Piala Eropah pada 1989 dan 1990. Sayangnya, cedera pergelangan kaki memaksanya bersara lebih awal. Meskipun demikian, Van Basten tetap berkhidmat dalam dunia bolasepak. Ia melatih pasukan Belanda pada 2004-08 dan kini menjadi jurulatih Ajax.


7. Ronaldo (Ronaldo Luiz Nazario da Lima)
Pemain yang fenomena ini sudah dua kali meraih hat-trick gelaran Pemain Terbaik FIFA, Eropah dan Dunia. Nama Ronaldo mulai bangkit ketika menjaringkan 58 gol dalam 60 pertandingan di awal kariernya bersama Cruzeiro pada 1993. Setelah dua musim yang gemilang bersama PSV Eindhoven, ia berhijrah ke Barcelona pada 1996 dan merekodkan 34 gol dalam 37 perlawanan untuk menjadi penjaring terbanyak. Bersama Inter Milan, Ronaldo 'mengejek' gaya pertahanan kelab Itali lainnya. Hasilnya, 25 gol diperolehi, sekaligus membawa Inter juara Piala UEFA - semuanya dalam musim pertamanya. Ia juga meraih gelaran penjaring terbanyak pada dua musim pertamanya bersama Real Madrid. Kekecewaan kekalahan 3-0 dari Perancis pada final Piala Dunia 1998 terhapus, ketika Ronaldo membawa Brazil juara Piala Dunia berikutnya. Ia menjadi penjaring terbanyak dengan 8 gol, dan dua di antaranya dihasilkan di final menentang Jerman.


6. Bobby Charlton (Sir Robert Charlton)Inilah salah satu pemain terbaik Inggeris sepanjang masa. Bobby Charlton meraih 106 caps dan 49 gol bersama pasukan England. Sebagai sebahagian dari "Busby Babes" yang selamat dari tragedi Munich 1958, Charlton sepuluh tahun kemudian membawa Manchester United menjadi kelab pertama Inggeris yang juara Piala Eropah. Charlton juga membantu tuan rumah England meraih Piala Dunia 1966. Perlawanan Charlton dengan Eusebio di semifinal melawan Portugal dikenang sebagai pertandingan terbaik England sepanjang masa.


5. Alfredo Di StefanoKetika bersama Real Madrid, Di Stefano mengumpul koleksi lapan gelaran Liga Spanyol dan memenangkan lima edisi pertama Piala Eropah. Ia juga menghasilkan gol dalam setiap pertandingan final. Kepemimpinannya di dipadang ditambah skill menakjubkan membuat Di Stefano menjadi faktor utama Real Madrid mendominasi Eropah pada akhir 1950-an. Namun, Di Stefano gagal di peringkat antarabangsa. Ia pernah memperkuatkan barisan Argentina, Colombia dan Sepanyol, tapi tak satupun gelaran Piala Dunia dimenangi. Ia selalu dikenang ketika menciptakan hatrick ketika Real Madrid membelasah Frankfurt 7-4 untuk memenangi trofi Piala Eropah kali kelima berturut-turut.


4. Ferenc Puskas
Inilah penyerang yang kualitinya sukar ditemui lagi di Hungary. Bersama pasukannya, ia mencatat rekod 84 gol dari 85 caps. Tubuhnya pendek, dadanya rata, tapi kekuatannya terletak pada kaki kirinya yang mampu melepaskan rembatan sepantas kilat. Setelah meraih pingat emas Olimpik 1952 sekaligus mengakhiri dominasi Inggeris di Eropah, pasukan Hungary menjadi favorite juara Piala Dunia 1954. Pasukan bergelar "Mighty Magyars" meledakkan 17 gol dalam saingan kumpulan sebelum menyingkirkan Brazil dan Uruguay. Meskipun cedera teruk, Puskas memaksakan dirinya tampil beraksi di final, bahkan menjaringkan gol sebelum kalah secara menyakitkan oleh Jerman Barat.


3. Eusebio (Eusebio da Silva Ferreira)
Pemenang Kasut Emas di Piala Dunia 1966 ini menjaringkan sembilan gol buat Portugal sebelum tersingkir di semi-final oleh tuan rumah England, yang kemudian menjadi sebagai juara. Eusebio menjadi pemain Afrika pertama (kelahiran Mozambique) sehingga dikenali sebagai "Pele versi Eropah" - dan hingga kini masih dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal sepanjang masa. Dari Benfica hingga Sporting Lisbon, nama Eusebio bersinar di usia 19, ketika menjaringkan hat-trick ke gawang Santos (yang ketika itu diperkuatkan Pele) pada Pertandingan Paris 1961. Eusebio menjadi penjaring terbanyak Liga Portugal tujuh kali dan meraih Pemain Terbaik Eropah pada 1965. Dua golnya ke gawang Real Madrid membantu Benfica meraih Piala Eropah untuk kedua kalinya pada 1962. Sayangnya, ia cedera lutut dan terpaksa bersara pada umur 32 tahun. Ia menghasilkanj 41 gol dari 64 caps internasional.


2. Johan Cruyff
Inilah master of total football. Kapten Cruyff memimpin Belanda di Piala Dunia 1974, dengan menjaringkan dua gol baik ke gawang Argentina mahupun Brazil, sebelum dikalahkan Franz Beckenbauer dan Jerman Barat.. Johan Cruyff merupakan nama paling terkenal dalam sejarah bolas sepak Belanda. Ia menjadi pameran utama dalam dominasi Ajax di kancah Eropa pada era 1970-an. Ia mendominasi Belanda dengan lapan gelaran domestik bersama Ajax ditambah satu lagi di Feyenoord. Tiga gelaran Piala Eropah berturut-turut diraih pada 1970 hingga 1973 sebelum berhijrah ke Barcelona. Ia bersara menjelang Piala Dunia 1978, dan selanjutnya berjaya melatih dua bekas kelabnya.


1. Pele (Edson Arantes do Nascimento)
Pada usia 17 tahun, Pele (gambar) menjaringkan enam gol di Piala Dunia 1958, dan menjadi sumber inspirasi Brazil meraih gelaran pertamanya. Kariernya penuh dengan prestasi, di dalam mahupun luar padang, dan ketika ini menjadi duta besar bola sepak. Angka-angkanya: 470 gol dalam 412 penampilan bersama Santos, dan 77 gol dari 92 caps bersama pasukan Brazil. Tiga kali juara Piala Dunia, sepuluh gelaran Campeonato Paulista, dua Copa Libertadores. Sememangnya penyerang terbaik dunia sehingga kini.

Share Ke Facebook Anda :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...