There was an error in this gadget

April 6, 2011

6 Ciptaan Hebat Dan Akhirnya Digunakan Sebagai Alat Permainan

Terdapat banyak ciptaan ringkas dan mudah yang berjaya mengubah cara kehidupan kita pada masa kini. Ciptaan asas seperti sudu dan garpu sahaja memberikan kita cara makan yang berbeza pada dunia moden. Namun begitu, terdapat banyak juga ciptaan yang memerlukan kos yang besar untuk dihasilkan. Malah mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan tetapi akhirnya menjadi satu produk yang tidak penting.

Dibawah ini terdapat 6 senarai ciptaan yang sepatutnya hebat kerana kos dan masa yang diambil untuk menghasilkannya. Disebalik segala usaha yang dilakukan penciptanya untuk produk-produk hebat ini, ia hanya berakhir sebagai barang permainan.

1. Play-Doh



Cerita mengenai Play-Doh bermula pada tahun 1927 apabila sebuah syarikat sabun di Cincinati yang sedang tenat cuba untuk bangkit semula dengan mencipta satu produk yang lebih inovatif.

Play-Doh merupakan satu sebatian pelbagai jenis kimia yang tidak toksik yang mana boleh digunakan untuk membuang kotoran dan jelaga akibat daripada pembakaran arang di ruang pemanasan.



Pada masa itu, satu cara yang biasa digunakan untuk membersihkan jelaga pada dinding ialah dengan membuat sendiri pembersih daripada adunan doh dan baking soda. Syarikat Play-Doh ini mengambil risiko dengan mengeluarkan belanja yang besar untuk menghasilkan pembersih dinding dan cuba mengatasi cara lama yang digunakan penduduk.

Dalam masa beberapa tahun sahaja, produk ini telah berjaya menarik minat pembeli. Beribu-ribu tin telah dapat dijual.

Walaubagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua, Play-Doh mula kurang mendapat sambutan dan syarikat ini kembali keambang kehancuran dan muflis. Dalam saat yang getir ini, isteri kepada pengurus syarikat terbaca artikel mengenai kanak-kanak yang membuat gubahan dan membentuk arca daripada pembersih dinding. Dari situ, syarikat ini mula membuat penjenamaan semula dan Play-Doh dijadikan alat permainan.

Jadi, jika anda mahu membersihkan sesuatu barang akibat jelaga arang ini, anda bolehlah menggunakan Play-Doh.

2. Layang-layang



Apabila kita membayangkan layang-layang, kita pasti teringatkan keseronokan berlari dalam suasana angin yang sedikit kuat sambil kita melihat alat permainan kita itu terbang perlahan-lahan keudara.

Bagaimanapun, layang-layang mempunyai sejarahnya yang panjang dan pernah digunakan dalam peperangan.

Dipercayai, layang-layang pertama dicipta pada tahun 1000 Sebelum Masihi di China. Seorang petani telah mengikat topinya supaya tidak diterbangkan oleh tiupan angin yang kencang.

Pada masa itu, ia mempunyai peranan penting sebagai isyarat kepada tentera untuk kembali kepada strategi.



Teori alternatif pula mencadangkan supaya ia digunakan untuk menghantar arahan kepada Jeneral di medan peperangan. Ekor dan warna layang-layang sering ditukar untuk mengelirukan musuh yang cuba memecahkan kod-kod tertentu pada layang-layang itu.

Pada tahun 200 Sebelum Masihi, layang-layang digunakan untuk menakut-nakutkan dan mengelirukan pihak musuh. Buluh akan diikat pada layang-layang dan akan menghasilkan bunyi bising daripada udara. Orang-orang Rom dan Greek menggunakan layang-layang sebagai bahan uji kaji manakala di jepun ia digunakan sebagai simbol keagamaan.

Layang-layang mula popular sebagai permainan kanak-kanak pada penghujung abad ke 12 tetapi dengan saiz yang lebih kecil. Selepas Perang Sivil di Amerika, ia menjadi lebih popular dan dimainkan semasa berkelah dan percutian hujung minggu.

3. Slinky



Pada tahun 1940, Richard James seorang jurutera mekanikal untuk angkatan laut telah membuat kajian bagaimana untuk menstabilkan peralatan marin semasa cuaca buruk dan berombak kuat.

Idea yang diperolehinya ialah dengan mencipta logam aloi berbentuk gulungan yang boleh menyerap tekanan tetapi boleh juga mengembang jika diperlukan. Walaupun nampak mudah, beliau mengambil masa 2 tahun untuk mendapatkan kombinasi logam dan ketumpatan yang sesuai.

Apabila kedua-duanya diperolehi, beliau mengambil masa pula untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang sesuai. Pada peringkat inilah, beliau secara tidak sengaja terjatuhkan gulungan aloi itu dan melihat ia terus bergerak menuruni tangga seolah-olah seperti berjalan.



Atas nasihat isterinya, dia mencipta permainan yang dinamakan "Slinky" dan dijual ke seluruh dunia. Permainan ini menjadi popular dan digunakan di sekolah-sekolah untuk pembelajaran teori gelombang. NASA juga turut menggunakannya untuk ujikaji fizik.

4. Silly Putty



Semasa perang dunia kedua, getah merupakan merupakan bahan yang amat diperlukan. Pada ketika itu, pihak Jepun telah menyerang hampir semua negara yang menghasilkan getah. Atas sebab itu, Amerika Syarikat telah mengarahkan penduduk untuk mendermakan getah-getah lama daripada tayar, kasut, baju hujan dan apa saja bahan yang mengandungi getah.

Usaha menderma yang dilakukan ini masih tidak mencukupi dan atas sebab itu juga, pihak kerajaan mengesyorkan syarikat-syarikat di Amerika untuk menghasilkan getah sintetik yang hampir sama seperti getah asli.

Pada tahun 1943, seorang jurutera bernama James Wright secara tidak sengaja menemui sesuatu yang luar biasa hasil campuran asid borik dan minyak silikon.

Beliau terus melakukan ujikaji. Bahan tersebut dilihat boleh melantun, boleh diregangkan lebih jauh daripada regangan getah dan mempunyai tahap cair pada suhu yang amat tinggi. Malangnya bahan ini masih tidak mampu untuk menggantikan getah.

Penemuan itu terus dilupakan kerana tidak mempunyai fungsi yang penting.

Pada tahun 1949, Ruth Fallgatter seorang pemilik kedai permainan telah meletakkan bahan ini sebagai salah satu permainan di kedainya. Penasihat pengiklanan bernama Peter Hodgson telah menyarankan Fallgatter supaya meletakkan bahan ini kedalam plastik. Ia dijual pada harga $2 dan dinamakan "bouncing putty". Produk ini laris mengalahkan permainan lain yang ada pada kedai permainan Fallgatter.

Selepas setahun dengan hasil jualan yang tinggi, Fallgatter bercadang untuk menghentikan penjualannya. Hodgson melihatkan ini sebagai satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Walaupun masih berhutang $12,000. Dia meminjam lagi sebanyak $147 dan membeli bahan itu dengan kuantiti yang banyak pada tahun 1950. Bahan itu dipecahkan menjadi lebih kecil dan diletakkan kedalam bekas plastik berbentuk telur. Ia kemudian dijual dengan harga $1 dan dinamakan "Silly Putty".

Produk ini mula "meletup" pada tahun 1955 sebagai alat permainan dan mencapai kejayaan terutamanya kepada kanak-kanak. Pada tahun 1957, iklan mengenai permainan ini mula ditayangkan di televisyen dan semenjak itu ia menjadi semakin popular.

5. Kiub Rubik



Permainan 3D ini dicipta pada tahun 1974 oleh seorang profesor dan juga pengukir daripada Hungary bernama Ernő Rubik untuk membantu pelajarnya memahami bentuk kompleks. Ia menjadi terkenal dalam masa singkat kerana ia satu-satunya teka-teki mekanikal yang wujud pada ketika itu.

Kiub ini memaksa seseorang untuk menyelesaikan algorithma dan mempelajari logik serta mengembangkan cara seseorang melihat teori dan kebarangkalian pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.

6. Bebola plasma



Permainan in berakar umbi pada tahun 1891 dan dicipta oleh Nikola Tesla. Ia sepatutnya menjadi cara untuk mengalirkan elektrik tanpa menggunakan kabel. Tesla menggunakan 2 gelungan yang diselaraskan pada frekuensi yang sama untuk membolehkannya mempunyai voltan pertengahan dan tinggi yang dialirkan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, pengaliran elektrik cara ini dilihat tidak praktikal dan merbahaya. tambahan pula, penggunaan kabel dilihat mempunyai kos yang lebih murah dan mudah pula digunakan.

Pada masa kini, penggunaan "Tesla Coil" lebih menjurus kepada bidang hiburan yang diubah oleh Bill Parker menjadi bebola plasma. Bebola tersebut diisi dengan beberapa jenis gas yang menghasilkan cahaya berwarna apabila elektrik dialirkan.
Share Ke Facebook Anda :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...